Mempelajari Aksara Lontarak

Buku ini berisikan tentang bagaimana cara memakai bahasa bugis dengan benar sesuai kaidah bugis yang benar. Sesuai dengan Judulnya, kita dapat mempelajari cara memakai ejaan Lontara dengan benar - DeaZ.

Morfologi dan sintasi Bahasa Bugis

Buku yang saya temukan di lemari rumah ntah apa isinya yang jelas buku ini sangat baik untuk kita pelajari dan buku ini juga membahas tentang tanah OGI - DeaZ

Kamus Bahasa Bugis

Tak kalah Pnetingnya kita tidak boleh lupa akan hal-hal yang sepeleh. jangan lupakan sesuatu yang telah di ajarkan sejak dari kecil, JANGAN LUPAKAN BAHASAMU SENDIRI - DeaZ

I LA GALIGO

I La Galiogo Merupakan Cirita Bugis kuno yang akan kita simat bermasa. Apa-apakah itu, masih banyak hal yang beluk kita ketahui. Olehnya itu mari kita Simak buku ini - DeaZ.

Materi SMP - Ada Pappaseng

Banyak verita yang dapat kita ambil hikmahnya di buku ini. Cuman, apakah kita masih bisa membaca buku ini. apakah kita masih tau' membaca aksara Lontarak....??? - DeaZ

Senin, 24 Oktober 2011

Tanda-Tandanya


Ops! masih ader lagi 10 minit untuk aku … sempat tak untuk abizkan taipan ini.. ok terima kasih kepada yang meminta.. disini ummu hanie ader sedikit tips…untuk yang meminta … macam mana kita nak tahu dia untuk kita..
sebenarnya kan apa yang ummu hanie buat adalah..solat istikarah.. ramai yang takut kan nak buat sebab dah timbul rasa sayang.. but buat la insyaAllah… Allah akan membantu kita dalam membuat pilihan dan menunjukkan samaada betula atau salah pillihan kita..
ok sini ummu sertakan sedikit tips .. ingatan tips ini bukan dinilai dengan mata kasar atau hati yang berbunya cinta.. tapi tips ini perlu dinilai dengan pemikiran yang matang dan logikal serta gerak hati… jika terlalu sayang terhadap pasangan mugkin tips ini tak berguna lagi kerana org kata kalau dah MABUK cinta… busuk pun kita bau wangi kan..
selamat mencuba
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

 

yang paling penting depa tak kat bawah pulak..so ummu hanie letak kat atas sekali yee
Solat Istikharah dan Tawakkal


 

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

 


 

Gunakan seluruh pancaindera


 

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

 

Berikut adalah  petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

 

1.Bersahaja


 

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

 

2.Senang bersama


 

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

 

3.Terima kita seadanya


 

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

 

4.Sentiasa jujur


 

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

 

5.Percaya Mempercayai


 

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

 

6.Senang Bekerjasama


 

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

 

7.Memahami diri kita


 

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

 

8.Tampilkan kelemahan


 

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

 

9.Kata hati

 

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

 

Omg I Fall In Love


Wowow… sangat membunuh ini entry ok… haha fall in love wit senyuman seseorg???
Sapaer??? RAHSIA… hahah sangt kurang ajaq la kalau fall in love ngn mamat nie… sebenarnye bukan FALL IN LOVE ok… tak der apa2 kaitan dengan sebarang masalah. macam nie kat kelas tuisye aku dulu kan aku ader cerita ader seorg ja budak lelaki.. nama die amir..
Orgnye tinggi.. n tak ensem cuma manis… then suka senyum.. bila senyum ader lesong pipit.. then bila dia tak faham dia akan usha n senyum kat aku… sebenarnya bukan fall in love pun cuma macam alahai…. hahah.. ye la dalam kelas tu 10 org ja..ngn student perempuan ssah2 la macam isi n kuku sangt rapat..secara automatik ngn amir nie puyn jadi rapat la.. then teiba plak lepoas tuisye boleh lak dia pi gelanggang…SILAT.. wahh lagi la aku macam kagum… but dia hanya seorg pelajar ok…. tak sesuai untuk FALL IN LOVE..
Ok saja entry untuk malam ini.. sangat penat taw.. balik sekolah kul 2..kul 3 g makmal sampai kul 5.. then balik solat g sekolah balik handle budak2 kawad KRS sampai kul 7.. then kul 8 g tuisyen… sampai skrg.. now tyme untuk solat n rehatkan mata..ousmate cakap mata dah bengkak… n nampak letih…
Esok kita sambung ye… jgn rindu2 taw…. rindu??? rindu  pada msg seseorg….

 

Wanita Ohh Wanita


Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt. sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang  dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya  pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala  dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar  kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan  bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari  terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan,  menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu  dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan  memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah,  keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu.  Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh  penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur  dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan  kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah  untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula  menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad  kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya  seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan  tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam  kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

Kawad VS. Sukan


Ermm aku kan terasa sangt menyampah dengan arahan2 yang diberikan…. kenapa?? ingt aku nie tokong india ka yang ada banyak tangan n banyak kaki… yee bagi arahan sekali dah la. aku faham kot.. cuma take tyme la.. nie sorg suh uruskan sukan sorg suh uruskan kawad dalam satu masa yang sama mana boleh.. kawan baek aku bukan DOREMON yang boleh pecahkan badan kepada 2 g dua tempat dalam satu masa yang sama..SABAQ boleh tak…. setakat nak panggil budak2 sukan untuk petang nie sat lagi abiz kawad aku g la… budak2 kawad nie abiz kul 10.30 kot.. tak payah la kol banyak2 kali…
Ermm naper emo nie cikgu??? ye emosi tak stabil skit ari nie… dah la bangun pag tad lambat..sebab tu kot sebab tak sempat baca yasin pagi td.. xper nanti zohor kita qada baca yasin ekk… minum air..kena air cond skit.. satg kita g kelas ke kelas untuk inform sal sukan.. budak2 nie pun seko…dah panggil nama kat perhimpunan pag tad.. PEKAK ke buat2 PEKAK…penat la macam nie… cikgu nie dah macam tukang kutip sampah, kerani..tukang turut budak…semua kata cikgu nie kerja yang mudah… sapa cakap… SABAQ tu kena tinggi kalau tak sasau jadinya.. ok streess… sila jalani teknik atasi stress..
Okey sila ke kelas ye,, nanti sambung membuat taipan laen….

Aku sangat lalai


Alamak…..ari ni aku tak bangun pun mayang isikarah….sebab bukan aku tak terjaga but aku malas….aku dah bangun kul 5 pg tapi aku terasa sangt malas….putus asa kaa??? tak aku tak putus asa pun…. cuma aku rasa macam malas berharap… sebab aku rasa.. ianya kat tangan Allah…kalau ader ader la..but usaha itu tetap akan diteruskan
Ermm nak g jalan2 mana ye tahun nie…. ermm nak pergi indon la…jom~~ sorg2  je ker…ermm tak mau2 nanti bosan sorg2
Tapi aku nak naek cruise la..hahah boleh takk
Enjoy my life kan lebih elok…. Betul3x

 

*******************************************************************************************
Hari ini teralu banyak relief….huh sebenarnye 2 kelas je tap kelas belakang2 n dekat2 gap dia sangt penat hilang suara kering tekak…tapi nak minum x boleh…dah niat posa ganti.malas la nak buka..ermm takpe sabaq2….
Tapi satu je yang aku dapat detect depa nie..nak depa diam kita kena bercerita…n bukan semua cerita yaang depa nak dengar….so aku banyak cerita tentang ISLAM…agaknye sebab mereka tidak di dedahkan oleh ibu bapa kot…ermmm aku kira bersyukur la mama aku selalu bawa aku g surau masa aku kecik2..n sampai skrg aku masih membaca ilmu2 wajib ini..
Ermm hari ni aku cerita tentang neraka kat depa semua…semua muka macam cuak..huhu baru ampa tahu…..aku pun kecut perut bila baca pasal neraka nie..huhuh sangt azab tahu takk..bila mengenangkan dosa2 lepas ..terasa macam sangt sedih takut diri aku termasuk dalam neraka ke tujuh itu…YA Allah semoga kau menerima taubatku serta mengampuni aku… ye la kadang2 bila bercinta ni banyak tak elok dari yang elok kan…. sejak ianya berakhir aku berasa syukur kerana ianya berakhir dan aku dijauhkan dari dosa2 itu..yang pasti Allah mahu selamatkan aku dari terus hanyut..mana tahu kalau lag lama aku bersama insan itu mungkin aku akan terjerumus ke dosa2 besaq ke kan..Allah itu Maha Mengetahu…
Dan aku nekad selepas itu cinta itu hanya akan hadir jika ada ikatan yang sah……mmg ader tedetik suka kepada hamba Allah itu..tapi jika ianya akan mendatangkan keburukkan kepada diri aku, keluarha aku hidup dan matiku ..mohon Allah jauhkannya….dan berikan yang baek untukku di mana sahaja aku berada… insyaAllah~~

Tangan warna BIRU


Tetiba tangan saya menjadi warna biru….bukan sebab pucat daa…..sebab ari nie bermain warna air bersama budak2 kelas 3E… aku tahu mesti depa tak siapnye kerja umah yang aku suh buat..so apa lagi aku bawa mai kaler n berus terus…. sangt comot tangan cikgu ini hari..
Ermmm just have fun..kelas mmg macam keling kara,..kapal pecah..but bila aku fkir kelas seni kot mana pernah diam melainkan tyme salin nota kan..soo biarkan saja asalkan mereka melakukan kerja mengikut arahan…
Tapi tetiba terkantoii apa bila aku biru + merah tak jad purple tapi jad hitam dahh..apa lagi gelak budak2 tu..so ayat cover ok… ermm biru saya terlebih banyak nie….takper2 awak semua buat lain..make sure biru sikit je ok..hahaha….
ermm hari nie ader relief daaaa….so balik nanti saya akan sambung lagi membuat taipan kat sini yeee…

Tanda kasih sayang


Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.
Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?
Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan'istighfar' iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…" (Surah Hud: 3)
Janji Yang Pasti

Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.
Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa 'sendirian berhad'mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Permohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.
Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): "Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai" (Surah Nuh: 9-12).
Pelbagai Kurnia

Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah 'istighfar'.
Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya"Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut"–lalu beliau membaca ayat di atas.

 

Mengelakkan Bala

Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)
"Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar" (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.
Ditambah Kekuatan

Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)
"(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)". (Surah Hud: 52).
Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.
Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.
Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya'berlagu' dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn 'Abd al-Hadi, al-'Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi).
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More