Assalamualaikum semua…
apa yang selamatnyeee…" Selamat Pagi" ermm sebenarnya ingin membuat taipan seawal pagi ini tetapi kena bertugas di tapak perhimpunan kan…soo sekarg hanya ada 20 minit lagi sebelum kelas selepasnya bermula…e
sebenarnya ari ini ingin menceritakan tentang hati saya yang tidak tenang… kenapa yer.. ye ari ni bangun lambat pukul 6 baru bangun… sah2 la tak sempat nak ngaji apatah lagi untuk menunaikan solat sunat yang lain… bukan tak terjaga.. tetapi mainan syaitan membuatkan aku takut untuk bangun… sayup mendengar suara yang tak dikenali seawal 3.30 pagi… tapi aku tak cerita pun kat kengkawan umah yang lain.. bukan apa aku takut karang smua tido dalam satu bilik ja….
Sebab kedua kenapa hati tak tenang… juga mainan syaitan yang menimbulkan rasa kuatir serta ragu2… ummu kata kalau kita nak buat benda baek nie mesti ader halangannya kan.. ia ianya berkenaan dengn jodoh aku… macam mana ye nanti? jadi ker? aku kawen ke tahun nie? semua tu macam ragu2… tapi nak buat macam mana nie… macam addicted.. to his msg haha adoiii la… tapi dalam masa yang sama aku cuba pujuk diri aku… mungkin bukan dia.. but semua org kata…" BERPARANGSAKAN BAEK DENGAN ALLAH" kalau itu yang terbaek terima dengan hati yang reda… tapi its only me yang rasa macam tu ataw dia pun rasa benda yang sama……WAHAI HATI TENANG LA… biar Allah sahaja yang menjadi tempat aku berlindung n punca segala kekuatan..
minggu nie balik umah sangt puas hati makan semua makanan yang aku mengidam.. n tazkirah mama untuk minggu ini adalah tentang pakaian wanita n dialog antara iblis jahanam dengan Rasulullah s.a.w …
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [33:59]
0 Comentar:
Posting Komentar
- Kritik dan Saran Pembaca sangat di harapkan dengan kepentingan blog ini apalagi kepentingan nak OGI